Tuesday, July 21, 2009

Kursus Asas Penanaman Cendawan


Pada 20hb Julai 2009 (Isnin) yang lalu telah diadakan satu kursus asas penanaman cendawan di tapak projek kami. Kursus ini diadakan khusus atas permintaan seorang peserta pada hari tersebut iaitu En. Awang Ismail Awg Shari yang bertugas di LKIM. Kursus dimulakan dengan sesi penerangan ringkas berkaitan projek tanaman cendawan disusuli dengan praktikal.

Alhamdulillah sesi kursus berjalan lancar dan mendapat maklumbalas yang baik dari peserta. Semoga En. Awang Ismail akan menjadi salah seorang pengusaha cendawan baru di Sarawak suatu hari nanti.

Penerangan ringkas berkaitan tanaman cendawan

Praktikal membancuh media

Merasa kelembapan media yang telah dibancuh

Proses membuat beg media

Proses menuai hasil cendawan

Kendalian selepas tuai - memotong akar

Kendalian selepas tuai - pembungkusan

Penyerahan sijil kursus

*Harap maaf kerana ketiadaan gambar ketika penerangan proses kukusan dan menyuntik benih

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus asas penanaman cendawan, bolehlah menghubungi pihak kami untuk menentukan tarikh yang sesuai dengan masa anda.

Wednesday, July 1, 2009

Ekspo Industri Asas Tani 2009


Sungguh meriah! Itu yang dapat saya gambarkan dengan suasana pada hari Ekspo Industri Asas Tani 2009 pada 25hb-28hb Jun 2009 yang lalu. Ekspo selama 4 hari ini telah diadakan di Waterfront, Kuching.

Saya juga terlibat dalam ekspo ini kerana menerima tawaran membantu pihak Mayang Agrotech di gerai pameran mereka. Di samping itu, Puan Florence juga memberi kebenaran kepada saya untuk memberi kad perniagaan saya kepada pengunjung yang datang. Ini sekaligus dapat membantu saya mempromosi perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan.

Banyak pengalaman yang saya perolehi ketika ekspo tersebut. Perkara yang paling penting ialah kebolehan kita memberi penerangan dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh pengunjung. Kadangkala, ada soalan yang diajukan tidak pernah terlintas langsung di fikiran kita.

Semoga segala pengalaman yang saya perolehi dari ekspo ini akan membantu saya pada masa-masa yang akan datang. Insyaallah..

Gambaran tapak ekspo

Majlis perasmian oleh YB Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Timb Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (wakil menteri)

Bersama Puan Florence

Tengah buat cendawan goreng

"Inilah beg media cendawan makcik, pakcik.. Cendawan tumbuh kat depan nie.."

Suasana tapak ekspo

Gerai rakan yang terlibat dengan ternakan ikan keli

Sungguh sesak..

"Nak tanya apa cik abang.."

Di hadapan gerai promosi Mayang Agrotech

Hari Terbuka PIBG SK Matang Jaya, Kuching


Inilah kali pertama saya berpeluang membuka gerai promosi saya sendiri. Sebelum ini saya sering menumpang gerai promosi pihak Mayang Agrotech untuk mempromosi perkhidmatan kami kepada pelanggan. Terima kasih kepada Puan Florence yang banyak membantu saya.

Pengalaman pertama ini saya rasai ketika membuka gerai promosi di Hari Terbuka PIBG SK Matang Jaya, Kuching pada 27hb Jun 2009 (Sabtu) yang lalu. Pada hari tersebut saya berpeluang mempromosi produk dan perkhidmatan yang pihak kami tawarkan. Tak sangka kebanyakan pengunjung berminat dalam industri cendawan ini.

Diharapkan selepas ini saya berpeluang menyertai lebih banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk mempromosi perkhidmatan kami kepada pelanggan. Amiinnn..

Ucapan perasmian oleh YB Tuan Haji Fadillah Haji Yusof, Timb Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

Gambaran gerai promosi saya pada hari tersebut

Kunjungan istimewa oleh YB Timb Menteri

"Yang ini benih cendawan... Keluaran syarikat tempatan.. Mereka ada makmal di Kuching.."

"Ermmm..sedapnya cendawan goreng nie.."

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts