Kelmarin 24hb Februari 2009, saya telah menerima kunjungan istimewa dari 2 orang pengusaha cendawan iaitu Puan Florence dan En. Supaat. Kunjungan ini amat istimewa buat saya kerana Puan Florence dari Mayang Agrotech merupakan orang yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada saya mengenai industri cendawan. En. Supaat pula dari Permai Desa Agrotech merupakan seorang pengusaha yang datang jauh dari Tg. Karang, Selangor. Saya diberitahu kedatangan En. Supaat ke Sarawak atas urusan kerja.
Kunjungan ini memberi peluang kepada kami berkongsi cerita, pengalaman dan idea berkaitan perusahaan masing-masing. Terasa kecil pula saya dibandingkan dengan 2 pengusaha ini yang sudah agak lama melibatkan diri dengan tanaman cendawan. Maklumlah, kami belum lagi sampai setahun dalam industri ini..
Apapun, terima kasih kepada Puan Florence dan En. Supaat kerana sudi berkunjung ke perusahaan kami. Insyaallah jika ada peluang saya akan berkunjung ke ladang anda pula. Semoga kita sama-sama terus berjaya dalam industri ini..
Pose istimewa. Hihihi..
Puan Florence & En. Supaat
Bersama En. Supaat
*Ketiadaan jurugambar menyebabkan gambar bertiga tiada (Kira bertukar-tukar jurugambarlah nie).