Friday, January 30, 2009

Lawatan dari Pengusaha Ikan Keli


Hari ini 30hb Jan 2009 saya telah menerima kunjungan dari seorang pengusaha ikan keli iaitu En. Andy dari Serian, Sarawak. Beliau datang bersama keluarga. Kunjungan ini seperti biasa adalah untuk menimba sedikit ilmu tentang tanaman cendawan dari pihak kami. Banyak soalan yang beliau ajukan tentang tanaman cendawan menunjukkan beliau berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini.
Di samping itu, beliau sempat juga berkongsi tentang ternakan ikan keli yang beliau usahakan. Beliau menternak ikan keli menggunakan kolam kanvas. Insyaallah kami juga bercadang untuk mengusahakan ternakan ikan keli pada masa akan datang.
Sebelum pulang beliau sempat juga membeli beberapa beg media untuk percubaan. Kami berharap agar beliau berjaya dengan projek ikan keli dan kemungkinan akan menjadi pengusaha cendawan pula. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung ke projek cendawan kami.

En. Andy berdiri kanan sekali bersama pengusaha & keluarga beliau

Wednesday, January 21, 2009

Lawatan Dari Bakal Pengusaha Cendawan


Pada 11hb Januari 2009 yang lalu, saya telah menerima lawatan dari En. Besar bin Ketol bersama ayahnya. Lawatan tersebut bertujuan untuk menimba sedikit ilmu tentang penanaman cendawan dari pihak kami. Banyak perkara yang dibincangkan termasuklah dari segi penyediaan media, penjagaan beg media dan sumber untuk mendapatkan bekalan peralatan membuat cendawan. Didoakan semoga beliau berjaya dan sama-samalah kita memeriahkan lagi industri cendawan di Sarawak. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada beliau kerana sudi mengunjungi projek cendawan kami..

En. Besar berbaju putih bersama ayahnya berbaju ungu..

Rezeki Tahun Baru


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera rakan pengusaha sekalian.. Lama benar saya tak update blog saya nie. Mungkin disebabkan tiada cerita terbaru yang dapat dikongsi bersama-sama rakan pengusaha sekalian. Walaupun tiada cerita-cerita menarik yang dapat dikongsi, projek kami tetap berjalan seperti biasa.

Alhamdulillah... banyak beg-beg cendawan yang mengeluarkan hasil pada awal tahun baru nie. Cendawan pun nampak sihat je, almaklumla sekarang nie musim hujan di tempat saya. Diharapkan agar rezeki kami semakin bertambah di tahun baru ini. Semoga segala perancangan dan sasaran yang di atur untuk tahun baru nie juga dapat dicapai. Amiinnn..

Beg-beg cendawan yang mengeluarkan hasil

Beg-beg cendawan yang mengeluarkan hasil

Nampak sihat je cendawan nie..

Cendawan yang telah siap dibungkus untuk dipasarkan

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts