Pada 20hb Julai 2009 (Isnin) yang lalu telah diadakan satu kursus asas penanaman cendawan di tapak projek kami. Kursus ini diadakan khusus atas permintaan seorang peserta pada hari tersebut iaitu En. Awang Ismail Awg Shari yang bertugas di LKIM. Kursus dimulakan dengan sesi penerangan ringkas berkaitan projek tanaman cendawan disusuli dengan praktikal.
Alhamdulillah sesi kursus berjalan lancar dan mendapat maklumbalas yang baik dari peserta. Semoga En. Awang Ismail akan menjadi salah seorang pengusaha cendawan baru di Sarawak suatu hari nanti.
*Harap maaf kerana ketiadaan gambar ketika penerangan proses kukusan dan menyuntik benih
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus asas penanaman cendawan, bolehlah menghubungi pihak kami untuk menentukan tarikh yang sesuai dengan masa anda.


