Sunday, June 21, 2009

Pameran Teknologi 2009


Pada 9hb Jun 2009 yang lalu telah diadakan Pameran Teknologi 2009 anjuran MARDI bertempat di pejabat MARDI Kuching. Pameran ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Banyak juga peserta-peserta mengambil bahagian dalam pameran ini. Pelbagai maklumat diperolehi dari pameran ini seperti bantuan kewangan, teknologi dalam industri pertanian, produk-produk berasaskan pertanian dan banyak lagi. Salah sebuah syarikat yang menyertai pameran ini ialah Mayang Agrotech iaitu pengusaha cendawan di Sarawak.

Saya cukup bertuah pada hari tersebut kerana Puan Florence iaitu Pengurus Mayang Agrotech memberi peluang kepada saya membantu beliau membuat promosi dan memberi penerangan berkaitan perusahaan cendawan. Ini telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari dan merasai pengalaman membuat promosi berkaitan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan kepada pengunjung. Semoga pengalaman yang saya perolehi pada hari tersebut akan membantu saya pada masa-masa akan datang.

Bergambar bersama Puan Florence

Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian

Antara Agensi-agensi Kerajaan yang mengambil bahagian

* Tapak pameran kelihatan lengang kerana gambar diambil ketika ketiadaan pengunjung

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts