Sunday, June 21, 2009

Kunjungan Pengusaha Cendawan dari Sabah


Pada 15hb Jun 2009 yang lalu, kami merasa bertuah kerana telah menerima kunjungan pasangan suami isteri iaitu pengusaha cendawan dari Penampang, Sabah. Mereka ialah En. Lazurus bin Tamin dan Puan Frederica Ransimin pemilik L.T Mushroom Farm. Kedatangan mereka berdua ke Sarawak adalah mengikuti kunjungan En. Nabil ke Nas Mayang.

Banyak perkara yang sempat kami bincang dan kongsikan semasa kunjugan ini. Walaupun belum berpeluang berkunjung ke ladang cendawan mereka di Penampang, En. Lazurus telah menunjukkan beberapa gambar operasi dan keadaan ladang beliau kepada saya. Saya merasa teruja ketika mendengar kebolehan mesin 'bagging' beliau yang mampu menghasilkan 1,000 bongkah dalam masa sejam. Beliau juga memberitahu ketika ini sedang menunggu 2 buah lagi 'steamer' untuk disiapkan bagi menampung pengeluaran beg media yang banyak.

Semoga perusahaan beliau terus maju dan kami berpeluang berkunjung ke ladang beliau suatu hari nanti. Terima kasih sekali lagi diucapkan di atas kunjugan mereka berdua.

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts