Kunjungan yang tak disangka-sangka.. Itulah yang dapat saya katakan.. Apa yang saya maksudkan adalah berkaitan kunjungan En. Nabil dari Nas Agro Farm pada 18hb April 2009 yang lalu. Ini kerana, sebelum itu saya telah membaca artikel berkaitan beliau yang dipetik dari Sinar Harian dalam blog Cendawan Global. Kisah kejayaan beliau menjadi usahawan cendawan berjaya (http://cendawanglobal.blogspot.com/2009/04/nabil-usahawan-cendawan-berjaya.html). Apa pun terima kasih kepada sifu saya Puan Florence yang sentiasa membawa tetamu-tetamu istimewa berkunjung ke bangsal cendawan saya.
* Kisah lawatan ke bangsal kami dalam blog Nas Agro Farm - http://nasagrofarm.blogspot.com/2009/04/lawatan-ke-sarawak.html
Pada sebelah petangnya pula kami menerima kunjungan dari En. Mohd Soffry dan isteri Puan Zarina Zalani iaitu pemilik D'Zaryn Agro Farm. Kedatangan mereka sebenarnya adalah untuk menghantar benih yang telah saya tempah beberapa hari sebelum itu. Terima kasih kepada kedua-dua mereka kerana sudi menghantar sendiri tempahan kami..


