Pada 21hb Mac 2009 yang lalu, saya menerima satu lagi kunjungan dari rakan pengusaha iaitu Puan Among dan keluarga. Seperti biasa lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam penanaman cendawan. Saya dimaklumkan bahawa beliau telah membuat beg media sendiri sebagai percubaan. Diharapkan beliau meneruskan usaha beliau dan semoga sama-sama berjaya dalam industri ini. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkunjung ke tempat kami.
Puan Among dan keluarga


