Alhamdulillah mulai Sabtu lepas kami mula menggunakan tong kukus baru. Jika sebelum ini kami hanya menggunakan sebuah tong yang mampu memuatkan 81 beg sekali kukus, kini tong yang bersambung ini mampu memuatkan 135 beg sekali kukus (bergantung kepada saiz beg). Sebenarnya selain menggunakan steamer, boleh dikatakan semua pengusaha menggunakan tong bersambung ini untuk mengukus beg media mereka. Walaubagaimanapun disebabkan kekangan kos dan jumlah pengeluaran beg media yang terhad, kami hanya menggunakan sebuah tong sahaja sebelum ini. Diharapkan dengan adanya tong kukus baru ini, kami dapat meningkatkan jumlah pengeluaran beg media kami. Insyaallah..
Tong kukus baru


