Tuesday, February 10, 2009

Lagi Tentang Lawatan


Pada 7 Februari 2009 yang lalu, kami menerima kunjungan seorang lagi peminat cendawan iaitu saudara Aeddy. Kebetulan ketika kunjungan pihak kami sedang melakukan kerja-kerja 'bagging' beg media. Oleh itu, beliau sempat bertanyakan maklumat tentang bancuhan untuk beg media.
Walaubagaimanapun, penerangan saya lebih kepada cara penjagaan dan pengeluaran hasil cendawan. Ini memandangkan saudara Aeddy ingin membeli beberapa beg media sebagai percubaan. Menariknya, beliau juga ingin mendapatkan beberapa beg media belum matang untuk melihat sendiri perjalanan mesilium pada beg media tersebut.
Diharapkan percubaan saudara Aeddy berjaya dan mendatangkan minat untuk menceburi industri cendawan pada masa akan datang. Pihak kami mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana sudi mengunjungi projek cendawan kami..
Agaknya apa yang saya terangkan waktu nie?

Rasa kecik pulak berdiri sebelah saudara Aeddy nie..

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts