Semenjak dari tahun lepas hingga sekarang, ramai peminat cendawan bertanyakan kursus cendawan kepada kami. Kami memohon maaf kerana pihak kami belum lagi menganjurkan kursus tanaman cendawan kepada mereka yang berminat. Ini disebabkan pihak kami sedang dalam proses memenuhkan rumah cendawan dan menaiktaraf kawasan projek kami. Pihak kami tidak mahu dianggap 'sekadar melepas batuk di tangga' atau sekadar ingin meraih keuntungan dengan menganjurkan kursus nanti.
Walaubagaimanapun kami dalam perancangan untuk menganjurkan kursus tersebut seperti yang diharapkan oleh peminat cendawan. Kursus sulung yang dijangka akan diadakan pada bulan April nanti melibatkan sedikit teori tetapi kebanyakannya adalah praktikal. Kami juga akan mengehadkan penyertaan kepada 10-15 peserta dalam satu sesi. Ini bagi memudahkan peserta kursus lebih memahami dan merasai sendiri semua peringkat dalam tanaman cendawan.
Semoga kursus ini menjadi kenyataan dan diharapkan mereka yang berminat bersabar..


