Friday, November 21, 2008

Sedikit Perkembangan


Apa khabar rakan-rakan sekalian? Di harap rakan-rakan sentiasa sihat hendaknya. Dalam post kali ini saya ingin tunjukkan sedikit perkembangan berkaitan bongkah cendawan yang telah kami buat sendiri. Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu semua bongkah-bongkah tersebut menunjukkan pertumbuhan yang positif. Cuma saya tak pasti adakah kadar pertumbuhan tersebut selari dengan tempoh pemeraman hampir 2 minggu. Mungkin rakan-rakan ada pandangan tentang kadar pertumbuhan miselium tersebut. Adakah kadar pertumbuhan cepat atau pun lambat?

Antara bongkah cendawan yang telah kami buat sendiri

Bongkah yang telah disuntik pada 7/11

Bongkah yang telah disuntik pada 9/11

Bongkah yang telah disuntik pada 12/11

Tuesday, November 11, 2008

Belajar Buat Bongkah Cendawan


Setelah hampir sebulan menyediakan bahan dan peralatan, akhirnya pada 5hb November yang lalu saya mula membuat bongkah cendawan sendiri. Kali pertama membuat bongkah cendawan saya dibantu oleh kakak, 2 orang adik dan seorang sepupu saya. Masuk kali kedua dah tinggal saya, seorang adik dan kakak sahaja. Tapi kadang-kadang tu ada jugakla sepupu saya membantu. Mula-mula nak buat bongkah tu agak lambat sedikit. Maklumla kali pertama buat bongkah sendiri.

Kali pertama membuat kukusan pula, terjadi kes air kukusan kering. Akhirnya semua bongkah cendawan yang disusun di bawah sekali tidak dapat digunakan kerana bocor. Silap saya juga kerana membuat terlalu banyak lubang pada penutup tong drum sehingga banyak wap yang keluar. Selain daripada itu, saya juga menggunakan api yang terlalu besar semasa membuat kukusan. Rasanya ramai di antara rakan pengusaha yang pernah mengalami pengalaman yang sama.

Masuk kali kedua, semua proses berjalan lancar. Sekarang saya sudah mempunyai 119 bongkah cendawan siap disuntik benih.. Esok ada 54 bongkah lagi yang akan disuntik benih.. Diharap semua bongkah cendawan saya tidak menghadapi masalah dalam proses pemeraman selepas ini. Kita tunggu perkembangan bongkah-bongkah cendawan saya dalam seminggu nie..

Proses mengisi media ke dalam plastik

Proses memastikan media yang diisi padat

Bongkah yang siap menunggu untuk dikukus

Proses kukusan

Bongkah selepas dikukus dan menunggu proses suntikan benih

Thursday, November 6, 2008

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan


Pada 30hb Oktober - 3hb November yang lepas telah diadakan pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan, Kuching. Banyak juga peserta yang menyertai pameran tersebut. Kalau dah banyak perserta, maka bermacam-macam produk dan perkhidmatan yang dipamerkan..

Saya sampai 3 kali pergi ke pameran ini. Sempat jugala saya tengok mana-mana produk yang bersesuaian dengan tanaman cendawan. Yang pasti hanya satu booth sahaja yang ada kaitan dengan industri cendawan iaitu booth MARDI. Itupun bahan pameran adalah sumbangan dari pihak Mayang Agrotech. Tahniah buat pihak Mayang Agrotech kerana dapat membuat promosi berkaitan industri cendawan walaupun hanya menumpang booth pihak MARDI. Mungkin di masa-masa akan datang pihak Mayang boleh buka booth sendiri.

Di bawah antara gambar yang sempat diambil semasa lawatan ke booth pameran..

Serangan Hama dan Kulat Hijau


Minggu lepas berpuluh-puluh bongkah cendawan saya diserang hama dan kulat hijau. Walaupun jumlahnya macam sedikit, namun ia adalah satu kerugian bagi saya yang baru melibatkan diri dalam industri ini. Apa pun saya anggap itu semua adalah dugaan. Ia juga satu pengajaran agar saya lebih berhati-hati selepas ini. Serangan yang pada mulanya saya ambil mudah, rupanya merebak ke bongkah-bongkah cendawan yang lain.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak AY Naning Enterprise yang telah memberikan info kepada saya berkaitan serangan hama. Banyak perkara yang saya perolehi berkaitan serangan hama dari info tersebut..

Antara bongkah-bongkah cendawan yang diserang hama dan kulat hijau..

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts