Thursday, October 30, 2008

Aneka Rupa Cendawan dan Cendawan Gergasi


Selama ini kita sering didedahkan dengan gambar cendawan dalam rupa yang sangat elok. Namun hakikat sebenarnya, cendawan kadangkala boleh tumbuh dalam pelbagai rupa. Tetapi harus diingat, rupa bentuk cendawan yang tumbuh mungkin dipengaruhi oleh suhu di dalam rumah cendawan, cendawan lewat dipetik (terlalu matang) atau ia tumbuh melalui tepi bongkah cendawan. Di samping itu, berkemungkinan juga terdapat faktor-faktor lain yang belum dikenalpasti boleh mempengaruhi rupa bentuk cendawan yang tumbuh. Gambar di bawah merupakan contoh cendawan unik dari rumah cendawan saya.

Yang macam 'drumstick' pun ada..

Cendawan juga boleh tumbuh dalam saiz yang sangat besar jika ia lambat dipetik. Walaubagaimanapun, cendawan tersebut kurang berkualiti kerana tepinya sudah mula berombak.

Saiznya melebihi 6". Mungkin ada rakan-rakan yang dapat lebih besar dari ini..


Mana Perginya Miselium?


Beberapa hari lepas, beberapa bongkah cendawan saya telah diserang perosak. Serangan ini menyebabkan miselium yang tumbuh di dalam bongkah cendawan hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya lenyap. Perosak tersebut kelihatan seperti ulat yang sangat halus dan sukar untuk dilihat. Saya pun tidak pasti apakah punca sebenar serangan perosak ini. Mungkin ada di antara rakan-rakan pengusaha yang pernah mengalami situasi yang sama. Di harap rakan-rakan dapat memberi kaedah untuk mengatasi serangan perosak ini dan apakah agaknya punca serangan?

Miselium semakin berkurangan..

Friday, October 24, 2008

Pertemuan Bersama Mayang Agrotech


Pada petang 22hb Oktober yang lalu, saya telah mengadakan pertemuan bersama Puan Florence iaitu Pengurus Mayang Agrotech. Pertemuan ini adalah bagi membincangkan perkara berkaitan rancangan saya untuk membuat bongkah cendawan. Di samping itu, kami juga mengambil peluang berkongsi idea untuk memeriahkan lagi industri cendawan di Sarawak khususnya di Bahagian Kuching.

Perbincangan mengenai rancangan saya untuk membuat bongkah cendawan lebih fokus kepada penyediaan bahan-bahan mentah dan peralatan yang diperlukan. Sebelum ini saya telah mendapatkan pembekal untuk sesetengah bahan dan peralatan yang diperlukan. Selepas perbincangan bersama Puan Florence.. alhamdulillah baki untuk bahan dan peralatan selebihnya saya boleh perolehi dari pihak Mayang Agrotech. Saya juga mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang tips dan kaedah terbaik untuk menghasilkan bongkah cendawan.

Sesi berkongsi idea pula lebih kepada perkongsian tentang resepi dan produk berasaskan cendawan serta perancangan masa depan pihak masing-masing. Kami juga berharap agar dapat menjalinkan kerjasama pada masa-masa akan datang.

Selepas pertemuan ini, saya melihat masih banyak peluang dan potensi dalam industri cendawan yang masih belum diterokai. Saya berharap selepas ini saya dapat mengadakan pertemuan bersama pengusaha-pengusaha cendawan lain di Sarawak. Mungkin lebih banyak lagi idea yang boleh kita kongsi bersama..

Tuesday, October 21, 2008

Satu Perancangan


Sudah beberapa hari saya tidak update blog ini. Diam tidak bermakna projek juga terhenti. Tetapi menyepi kerana sibuk dengan perancangan baru saya. Saya kini dalam perancangan untuk membuat bongkah cendawan sendiri. So.. 2, 3 hari kebelakangan ini, saya sibuk mencari pembekal untuk bahan-bahan dan keperluan untuk membuat bongkah tersebut. Perkara yang paling utama adalah mencari pembekal untuk habuk kayu dan dedak padi. Pembekal untuk polybeg, penutup dan benih sudah tentu saya boleh perolehi dari pembekal bongkah cendawan saya sebelum ini..

Ermmm.. tapi semua itu masih lagi dalam perancangan. Bergantung juga kepada sumber kewangan. Maklumla.. kini saya masih lagi bergantung kepada modal sendiri. Di samping itu saya juga perlu memikirkan tempat penyimpanan stok habuk kayu dan kawasan untuk penyediaan bongkah-bongkah itu nanti.. Ermmm.. byk juga benda yang perlu difikirkan..

Walau apapun saya perlu merealisasikan rancangan ini. Insyaallah.. So.. kepada yang telah lama berada dalam industri ini mungkin boleh berkongsi pengalaman tentang langkah awal mereka untuk membuat bongkah cendawan sendiri. Harap sudi-sudilah ye..

Thursday, October 16, 2008

Menu di Petang Hari


2, 3 hari yang lepas saya memikirkan produk yang boleh dihasilkan daripada cendawan-cendawan yang halus dan tidak tumbuh dengan baik. Setelah berfikir dan mencari idea-idea dari beberapa blog rakan pengusaha cendawan, akhirnya saya mendapat idea untuk membuat serunding cendawan. Dah dapat idea kenalah tau resepi nya pula.. Mula-mula macam biasalah kita akan buat carian di internet berkaitan dengan resepi serunding. Dah dapat resepi dari internet, kenalah tanya kepada yang tahu tentang hal-hal masakan pula. Selepas mendapat resepi yang paling sesuai, saya pun pergi membeli bahan-bahan yang diperlukan.. Hari ini serunding tersebut siap dimasak dan inilah hasilnya..

Fuyoo.. sedapnye..

Perkembangan Terbaru


Rasanya sudah lama saya tidak buat post berkaitan dengan perkembangan projek saya. Bukannya apa, akhir-akhir ini saya sibuk sedikit dengan projek tersebut. Tiba-tiba sahaja hasil tuaian saya melebihi dari jangkaan 2, 3 hari yang lepas. Kelam kabut saya dibuatnya. Sebab kebiasaannya hasil tuaian saya akan hantar ke kedai berdekatan dalam kuantiti yang sama setiap hari. Apabila kuantitinya melebihi daripada biasa, selalunya hasil tuaian tidak habis dijual. Oleh yang demikian, saya perlu mencari pelanggan-pelanggan baru untuk hasil tersebut. Itulah yang menambahkan kesibukan saya. Alhamdulillah, nasib baik pakcik, saudara dan adik saya telah membantu memasarkan hasil tersebut. Selepas semua hasil habis dijual, lain pula masalah yang timbul. Pengeluaran tidak dapat menampung permintaan. Pelanggan-pelanggan baru saya ingin membuat belian ulangan. Tapi yang sedihnya, kebanyakan bongkah-bongkah cendawan saya masih lagi melalui proses rehat. Ermmm.. apa pun saya telah berjanji kepada mereka untuk membekalkan cendawan pada minggu hadapan. Insyaallah..

Itulah yang dinamakan rezeki. Saya berharap dan berdoa agar rezeki saya akan berterusan bahkan akan bertambah-tambah selepas ini. Semoga segala usaha saya dipermudahkan olehNya. Amiinnn..

Cendawan Sumber Makanan Berkhasiat


Cendawan
  • Sejenis fungi
  • Didefinisikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan
  • Tumbuh dalam pelbagai habitat bergantung kepada jenis spesis
  • Makrofungus yang mempunyai bahagian badan yang berbuah samada berada di atas tanah (epigeous) ataupun di bawah tanah (hypogeous)
  • Saiznya besar, boleh dilihat dengan mata dan dipetik mengunakan tangan
  • Cendawan terdiri daripada miselium, cawan, batang, cincin, lamela, topi dan spora
  • Kebiasaannya cendawan berbentuk payung yang mana mempunyai batang dan topi seperti lentitula edodes
  • Bentuk cincin: Agaricus Bisporus
  • Bentuk cawan: Volvariella Volvacea
  • Boleh ditanam menggunakan sisa-sisa pertanian seperti habuk kayu getah, jerami padi, hampas kapas, batang jagung, atau sabut kelapa sawit

Kategori Cendawan

Basidiomycetes
Cendawan yang mempunyai isi yang boleh dimakan.
Contoh: Agaricus Bisporus

Ascomycetes
Tumbuh di bawah tanah, teksturnya tidak berisi dan tidak boleh di makan serta beracun.
Contoh: Amanita Phalloides

Cendawan yang mempunyai kesan penyembuhan yang boleh digunakan dalam bidang perubatan.
Contoh: Gonoderma Lucidam

Cendawan yang ciri-cirinya sukar untuk dikenalpasti.


Khasiat Cendawan
  • Mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak
  • Rendah kalori dan serat yang tinggi
  • Zat-zat galian yang penting untuk kesihatan
  • Kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau
  • Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes dan obesiti kerana ia rendah lemak

Komposisi Zat Dalam Cendawan Tiram (100g berat basah)


Tenaga: 37 Kcal
Air: 89.2 g
Karbohidrat: 4.1 g
Protein: 3.6 g
Serat: 1.8 g
Lemak: 0.7 g
Kalium: 195 mg
Fosforus: 88 mg

Vitamin C: 9.4 mg
Natrium: 6 mg
Kalsium: 2 g
Niasin: 1.9 mg
Zat Besi: 1 g
Vitamin B2: 0.45 mg
Vitamin B1: 0.03 mg

Sumber: Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur

Saturday, October 11, 2008

Oh Cendawanku


Alhamdulillah setelah direhatkan sepanjang Hari Raya, hari ini cendawan saya kembali mengeluarkan hasil. Tetapi hasil yang sedikit ini habis diborong abang saya untuk dibawa balik ke Miri. Apa pun saya tetap gembira kerana semua hasil yang dipetik hari ini telah habis dijual walaupun dibeli oleh abang sendiri. Hehehe..

Selain dijual kepada abang saya, hasil cendawan hari ini juga dijadikan cendawan goreng dan 'inti' untuk popiah. Biasalah hujung minggu begini ada sahaja makanan yang dicari..


Cendawan goreng

Popiah cendawan

Kursus Penanaman Cendawan


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Penanaman Cendawan sila klik di sini. Tempat adalah terhad.

Order Baru


Bertemu kembali.. Kelmarin saya telah mengambil tempahan bongkah cendawan saya sebanyak 300 bongkah lagi dari Mayang Agrotech. Bongkah cendawan ini berbeza sedikit dari bongkah sebelum ini disebabkan ia diperbuat dari 'cip' kayu getah. Pihak Mayang memaklumkan cendawan yang tumbuh dari bongkah ini sangat lebat dan mudah dipetik. So.. saya akan tunggu hasilnya nanti.

Tak muat kat belakang, letak kat dalam pulak

Operasi memindahkan bongkah ke dalam rumah cendawan

Bongkah cendawan yang telah siap disusun

Tuesday, October 7, 2008

Kembali Beroperasi


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. Kelmarin operasi rumah cendawan bersambung selepas hampir seminggu bercuti. Bermula dari Hari Raya pertama sehinggalah kelmarin semua bongkah cendawan saya direhatkan untuk menyambut hari lebaran. Sepanjang bercuti itu juga saya tidak menjenguk rumah cendawan saya. Kelmarin saya mulakan operasi dengan memindahkan sebahagian bongkah cendawan dari rumah cendawan mini ke rumah cendawan baru saya. Kemudian saya membuka sebahagian penutup bongkah untuk mengeluarkan hasil. Sudah lama saya tidak menjual hasil cendawan segar sehinggakan ada di antara pelanggan saya yang bertanya. Di harap rezki saya bertambah-tambahla selepas raya nie. Amiinnnn..

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts