Tuesday, November 11, 2008

Belajar Buat Bongkah Cendawan


Setelah hampir sebulan menyediakan bahan dan peralatan, akhirnya pada 5hb November yang lalu saya mula membuat bongkah cendawan sendiri. Kali pertama membuat bongkah cendawan saya dibantu oleh kakak, 2 orang adik dan seorang sepupu saya. Masuk kali kedua dah tinggal saya, seorang adik dan kakak sahaja. Tapi kadang-kadang tu ada jugakla sepupu saya membantu. Mula-mula nak buat bongkah tu agak lambat sedikit. Maklumla kali pertama buat bongkah sendiri.

Kali pertama membuat kukusan pula, terjadi kes air kukusan kering. Akhirnya semua bongkah cendawan yang disusun di bawah sekali tidak dapat digunakan kerana bocor. Silap saya juga kerana membuat terlalu banyak lubang pada penutup tong drum sehingga banyak wap yang keluar. Selain daripada itu, saya juga menggunakan api yang terlalu besar semasa membuat kukusan. Rasanya ramai di antara rakan pengusaha yang pernah mengalami pengalaman yang sama.

Masuk kali kedua, semua proses berjalan lancar. Sekarang saya sudah mempunyai 119 bongkah cendawan siap disuntik benih.. Esok ada 54 bongkah lagi yang akan disuntik benih.. Diharap semua bongkah cendawan saya tidak menghadapi masalah dalam proses pemeraman selepas ini. Kita tunggu perkembangan bongkah-bongkah cendawan saya dalam seminggu nie..

Proses mengisi media ke dalam plastik

Proses memastikan media yang diisi padat

Bongkah yang siap menunggu untuk dikukus

Proses kukusan

Bongkah selepas dikukus dan menunggu proses suntikan benih

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts