Friday, October 24, 2008

Pertemuan Bersama Mayang Agrotech


Pada petang 22hb Oktober yang lalu, saya telah mengadakan pertemuan bersama Puan Florence iaitu Pengurus Mayang Agrotech. Pertemuan ini adalah bagi membincangkan perkara berkaitan rancangan saya untuk membuat bongkah cendawan. Di samping itu, kami juga mengambil peluang berkongsi idea untuk memeriahkan lagi industri cendawan di Sarawak khususnya di Bahagian Kuching.

Perbincangan mengenai rancangan saya untuk membuat bongkah cendawan lebih fokus kepada penyediaan bahan-bahan mentah dan peralatan yang diperlukan. Sebelum ini saya telah mendapatkan pembekal untuk sesetengah bahan dan peralatan yang diperlukan. Selepas perbincangan bersama Puan Florence.. alhamdulillah baki untuk bahan dan peralatan selebihnya saya boleh perolehi dari pihak Mayang Agrotech. Saya juga mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang tips dan kaedah terbaik untuk menghasilkan bongkah cendawan.

Sesi berkongsi idea pula lebih kepada perkongsian tentang resepi dan produk berasaskan cendawan serta perancangan masa depan pihak masing-masing. Kami juga berharap agar dapat menjalinkan kerjasama pada masa-masa akan datang.

Selepas pertemuan ini, saya melihat masih banyak peluang dan potensi dalam industri cendawan yang masih belum diterokai. Saya berharap selepas ini saya dapat mengadakan pertemuan bersama pengusaha-pengusaha cendawan lain di Sarawak. Mungkin lebih banyak lagi idea yang boleh kita kongsi bersama..

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts