Thursday, October 16, 2008

Perkembangan Terbaru


Rasanya sudah lama saya tidak buat post berkaitan dengan perkembangan projek saya. Bukannya apa, akhir-akhir ini saya sibuk sedikit dengan projek tersebut. Tiba-tiba sahaja hasil tuaian saya melebihi dari jangkaan 2, 3 hari yang lepas. Kelam kabut saya dibuatnya. Sebab kebiasaannya hasil tuaian saya akan hantar ke kedai berdekatan dalam kuantiti yang sama setiap hari. Apabila kuantitinya melebihi daripada biasa, selalunya hasil tuaian tidak habis dijual. Oleh yang demikian, saya perlu mencari pelanggan-pelanggan baru untuk hasil tersebut. Itulah yang menambahkan kesibukan saya. Alhamdulillah, nasib baik pakcik, saudara dan adik saya telah membantu memasarkan hasil tersebut. Selepas semua hasil habis dijual, lain pula masalah yang timbul. Pengeluaran tidak dapat menampung permintaan. Pelanggan-pelanggan baru saya ingin membuat belian ulangan. Tapi yang sedihnya, kebanyakan bongkah-bongkah cendawan saya masih lagi melalui proses rehat. Ermmm.. apa pun saya telah berjanji kepada mereka untuk membekalkan cendawan pada minggu hadapan. Insyaallah..

Itulah yang dinamakan rezeki. Saya berharap dan berdoa agar rezeki saya akan berterusan bahkan akan bertambah-tambah selepas ini. Semoga segala usaha saya dipermudahkan olehNya. Amiinnn..

Geng Cendawan

 

Cendawan PJ Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Karjat Resorts