Cendawan
- Sejenis fungi
- Didefinisikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan
- Tumbuh dalam pelbagai habitat bergantung kepada jenis spesis
- Makrofungus yang mempunyai bahagian badan yang berbuah samada berada di atas tanah (epigeous) ataupun di bawah tanah (hypogeous)
- Saiznya besar, boleh dilihat dengan mata dan dipetik mengunakan tangan
- Cendawan terdiri daripada miselium, cawan, batang, cincin, lamela, topi dan spora
- Kebiasaannya cendawan berbentuk payung yang mana mempunyai batang dan topi seperti lentitula edodes
- Bentuk cincin: Agaricus Bisporus
- Bentuk cawan: Volvariella Volvacea
- Boleh ditanam menggunakan sisa-sisa pertanian seperti habuk kayu getah, jerami padi, hampas kapas, batang jagung, atau sabut kelapa sawit
Kategori Cendawan
Basidiomycetes
Cendawan yang mempunyai isi yang boleh dimakan.
Contoh: Agaricus Bisporus
Ascomycetes
Tumbuh di bawah tanah, teksturnya tidak berisi dan tidak boleh di makan serta beracun.
Contoh: Amanita Phalloides
Cendawan yang mempunyai kesan penyembuhan yang boleh digunakan dalam bidang perubatan.
Contoh: Gonoderma Lucidam
Cendawan yang ciri-cirinya sukar untuk dikenalpasti.
Khasiat Cendawan
- Mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak
- Rendah kalori dan serat yang tinggi
- Zat-zat galian yang penting untuk kesihatan
- Kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau
- Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes dan obesiti kerana ia rendah lemak
Komposisi Zat Dalam Cendawan Tiram (100g berat basah)
Tenaga: 37 Kcal
Air: 89.2 g
Karbohidrat: 4.1 g
Protein: 3.6 g
Serat: 1.8 g
Lemak: 0.7 g
Kalium: 195 mg
Fosforus: 88 mg
Vitamin C: 9.4 mg
Natrium: 6 mg
Kalsium: 2 g
Niasin: 1.9 mg
Zat Besi: 1 g
Vitamin B2: 0.45 mg
Vitamin B1: 0.03 mg
Sumber: Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur


