Salam.. salam.. dan salam semua..
Sudah sekian lama blog kami ini tidak di kemaskini. Diam bukan bermakna kami telah berhenti dari industri cendawan ini. Namun terlalu banyak cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang tahun 2011 yang lalu menyebabkan tiada cerita yang dapat dikongsi kepada pengunjung semua. Yang lalu biarlah berlalu, dan jadikan ia sebagai panduan untuk masa akan datang.
Hari ini kita sudah berada di penghujung bulan Januari 2012. Terasa begitu cepat masa berlalu. Seiring dengan tahun baru, pihak kami telah melakukan sedikit kerja naiktaraf untuk rumah cendawan kami dan dalam proses memenuhkan rumah tersebut dengan beg media cendawan yang baru. Sehubungan dengan itu, diharap pelanggan-pelanggan kami dapat bersabar kerana pengeluaran cendawan kami agak terhad buat masa sekarang. Di samping itu, Kursus Asas Penanaman Cendawan juga diberhentikan buat sementara waktu dan berkemungkinan akan dibuka semula untuk pendaftaran pada bulan Mac 2012 yang akan datang.
Semoga tahun 2012 ini membawa sinar baru buat kami. Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak-pihak yang terus menyokong kami. Terima kasih semua...

Saudara Hasminie bin Hussen